Monday, June 30, 2008

hujung mgu lps takder aper yg menarik... suamiku kena kerja plak ahad tu.. hari sabtu g tolong bwk biras hntr van yg suami dia trlanggar g ketuk kty tmpt biaser aku ketuk.. masing2 suami keje.. jd yg pegi cumer isteri2 dan anak2. Hari ahad kna amik pulak.. anak aku pulak tak nak kuar rumah. angkat jugak nangis2 tu, pastu nampak jer 2 org india kt belakang senyap terus.. hehe... suruh dok blkg pun tak nak..suruh dok kt biras aku pun dia tak nak.. yerlah anak nyer ader.. last2 dia dok atas pgku aku smbil aku bwk kete.. susahnyer... sekert jln, india tu offer dia bwk lega sikit...ok kgk dia ketuk n cat., tak nmpk beza kaler.. murah sikit bandingkan dgn hrga kdai yg dia ty tu...suamiku smkin bz skrg, kuar pg bliknyer mlm.... ksian pulak tgk dia..dh 2 mgu tak rehat.
Hari ini merupakan hari sungguh bosan.. aku takder keja nk buat.. biler mcmni rasa masa nilah nk study.... ptg ni ader majlis smbut birthday kt opis aku ni.. yug boring buat pukul 4 ptg. biaserlah kalau dh org besar pyer majlis, mestilah start lmbt tu.. mesti start 4.30 pyer.. ding dong... habis pukul 5.30 pasti punyer.. aku balik pukul 4.30. tak naklah blik lmbt tp masalahnyer meja mkn btul2 kt perkarangan dpn opis aku berhampiran dgn punch card dan pintu keluar... bengangnyer.... rasa mcm nk cabut tp xleh plak....

Wednesday, June 25, 2008

Hajat dihati nk smbung study.... tp nk ader baby lagi.. Dh ty dah kt uitm out campus kna dtg tiap2 ptg lps hbis keje... kalau kelas maya takder accountancy pulak..pastu kna belajar sdiri.. ader ukm yg dkt sikit tp rsnyer mahal lah... tp tak ty pun lagi...

smlm aku cuti sakit bdn.. rs mgkin sbb naik loro tu kot, sementara nk biasa kan. masa balik sini tu ter bumping 2 sbb dah kosong... mgu ni klu ader prjek kt melaka lagi, mgkin blik kpg lagi plak...

Arini boring teramat sgt, sbbnyer takder keje.. bos pun tak bagi keje... sbb bos besar takder... biler dh takder keje ni, mulalah mata ni mengantuk jer... hehe.... tp knalah tahan mata. tgu yer sampai pkul 1.. nasib baik puaser blh terus tido pkul satu nt...

kt hentian rehat air keroh, masa tgh tgu adik amik
kt rumah mentua. bkn main ceria lagi dia

Monday, June 23, 2008

DURIAN.. OH DURIAN....

Hari ahad aku blik melaka naik lori... kelakar tp best.. experience.. suamiku ader hnt brg kt tampoi, jd turunkan aku kt hentian rehat air keroh, adikku amik... durian kt kpg baru mula gugur, syoklah mkn durian...masa blik kpg...naik lori ok lgi, balik sini lori dh kosong tak syok... melambung2.. hehe...tp yg paling aku bengang skali ialah durian aku hilang... ms blik rumh aku dh mlm. ltk karung durian tu kt luar rumh, g keje pg tu ader lg, balik kje excited lah nk mkn tengok2 dh xder... sakitnyer hati aku... byk pulak tu.. aku bwk balik dr kpg byklah sbb nk bahagikan kt jirn2 dgn adik beradik.... saperlah makhluk yg amik tu... tension betul....dh xder ezki aku... nasib baik x kempunan

Wednesday, June 18, 2008

INDAH......

Indah nama kerana "sebutan"
Indah budi kerana "sopan"
Indah otak kerana "keintelektualan"I
ndah orang kerana "kecantikan"
Indah mulut kerana "perbahasan"Indah mata kerana "jelingan"
Indah pipi kerana "kegeburan"
Indah bibir kerana "kemuncungan"
Indah gigi kerana "jongang"
Indah tangan kerana "ketangkasan"
Indah kaki kerana "kepantasan"
Indah lutut kerana "kebulatan"
Indah siku kerana "ketajaman"
Indah sendi kerana "tulang"
Indah suami kerana "kewangan"
Indah isteri kerana "kemanjaan"
Indah boy fren kerana "kehenseman"
Indah girl fren kerana "kecomelan"
Indah baju kerana "jahitan"
Indah tudung kerana "pemakaian"
Indah buku kerana "tulisan"
Indah kayu kerana "ukiran"
Indah bangunan kerana "rekaan"
Indah tangga kerana "susunan"
Indah longkang kerana "kebersihan"

Monday, June 16, 2008

AIR.... AIR....

Hari Sabtu sehinggalah ke hari Isnin xder air kt kawasan rumah aku... Nasib balik kpg aritu... Biler taker air aku pun tak masaklah.. simpan air utk mandi jer.... Semlm balik keje, nk g pasar mlm bli mknn tp ternmpk pulak lori air... terus patah balik amik baldi angkat air, fuhh.... penatnyer.. sakit pinggang.. ... pastu dlm keadaan penat g bli mknn tp biler dh pnt tak lalu plak nk mkn.... Masa g pasar mlm, anakkku ikut.. menangis nk kan kereta polis.... org tua2 pesan jgn beli mainan dpn mata dia... nt dia biaser mtk g maner2... jd aku b iarkan dia menangis, angkat dia balik rumah, g pasar mlm balik beli keperluan dapur dan kereta mainan dia.... balik, aku soerokkan mainan tu habis diselongkarnyer plastik brg dpur tu ty "ma.. kete maner?" aik. terkejut aku... dia expect aku bli..biler tak layan dia selongkar satu2 ty abah dia... nk tergelak pun ader...last2 bg jgklah.... anak.... anak.....
mlm td buat hal lagi nk dkt nenak yag jaga dia.. tension betul mak dia ni.... menangis2 pun aku angkat bawak balik rumah... dhlah seharian keje takder dgn dia, mlm pun nk kt nenek jgk, mak maner yg tak sedih dan bengang...menangis bkn main lamer... Cara nk bg dia diam kiter nangis sekali... pujuk dia bru diam....

Sunday, June 15, 2008

BALIK KAMPUNG

sabtu lps aku blik kpg dgn anakku.. Dalam perjalanan sentiasa berdoa semogha dilindungi Allah dan selamat sampai ke kpg. Bkn aper, berdua jer dgn anak, risau jgkk.. anak aku asik bercerita jer dlam kete... aku lgsung tak berhenti rehat tkut pyer pasal...kn ader kes aritu yg dia blik dgn anak2 pastu kete rosak tgh jln, smntara tgu kawan dtg kna ragut..Patutnyer aku blh tgu suamiku balik keje tp rasa lmbt nk tgu mlm... heheh.... alhamdulilah, aku slmt sampai. Nilah first time blik brdua jer dgn anak. itupun suamiku bg pluang lps dipujuk byk kali sbb aku dh lamer tak blik kpg.. Dgn syarat lps ni jgn plak nk blik kpg sdiri2.. Sabtu mlm suamiku balik naik moto adik dia.. dia tkut bas takder..Ahad konon nk nlik awal dlm pukul 4 tp lmbt jgk sbb ader hal sikit... aku ni masalah sikit klu drive mlm. mata x brp nmpk sbb silau dgn lmpu kereta dr dpn.. Tu yg aku bwk slow jer.. Sampai kereta kt blkg aku jem sbb follow aku.. haha...Balik2 rmh plak air takder.. Tension btul.. rupanyer dh 2 hari xder air.. Nasib baik aku ader simpan air satu tong dan harapkan air tangki...

Thursday, June 12, 2008

MACAM-MACAM

yg benarnyer dh takder gmbr bar nk masukkan. masukkan lh kenangan kt kuching dulu.. ader byk lagi tp tak smpt nk amik..


ni kan masa mula2 kawin dulu.. konon2 honeymoon lah kat sarawak... tp kngan yg takleh luper suamiku terlepas flight sbb nk sbhyg jumaat dulu kt pjaya... tak pasal2 kna bli tiket baru rm200++. alhamdulillah lps pulang dr sarawak, aku mengandung... hihi....


ni dh mengantuk sgt.. smpai terlelap kt belakang kereta..
"ma..ma... ajiq lompat ma... ngok..ngok.."

Tuesday, June 10, 2008

Arini aku lmbt samapi tempat keje. pkul 7.50 bru punch... aku terlewat bangun arini... ingt nk cuti jer tp memandangkan baru lg kt sini tak lehlah... lmbt pun lmbtlah. pg td masa sampai aku dh trgkan knp aku lmbt.. tghri ty lagi...malulah plak.. aku telmbt arini.. mulaerlh mengadap jem. nt aku cuber jalan belakang plak lh.

Sunday, June 8, 2008

Aku tak taulah mcm2 jdi bulan ni... Lps satu.. satu... Aritu aku langgar tembok, takperlah kna repair sikit... Jumaat aritu plak suamiku bwk lori ms reverse kt traffic light terlanggar plak kete kt blkg..... Knalah byr rm600. Aduh.. fening...fening...
Hari Sabtu mulernya cdg nk g rumah member kawin kt ampang tp family dari kpg dtg jumaat mlm.. terpaksalah cancel... Sabtu mlm abg kt serdg tu buat kenduri... Seronoknyer dgr biras tu dpt naik pgkt pengurus besar bank, abg ipar plak dpt smbung belajar amik master plak... aku biler lg nk smbung belajar pun tauler... bkn aper, ras tak tau biler ms nk study nter.. balik rmh, masak, layan anak, penat tido...jumaat mlm family suami smapai samapi sabtu aku g serdang.. mlm tu plak keluarga aku dtg smpai ahad... pnt jgak badan ni tp seronok.. Haziq pun ader kawan memain... Mgu ni ingtnyer nk blik kpg tp sejak langgar tembok aritu tkut plak nk balik sorg2... Nk ajak adik balik sekali dia kt kelantan.... Tak tauler jd balik ker tak.. Walaupun family dtg, ayah tak dtg.. Aperlah citer agaknyer...

Thursday, June 5, 2008

MOTIVASI UNTUK HATI2 YG KECEWA

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria,
ada datang dengan perasaan 'biasa' dan
ada datang dengan perasaan serba tak kena '..
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... ? Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT' Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera,
tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya... "mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

FUEL CALCULATION


Bitmap
Rebate/year 625
Rebate/month 52.08
Your 1month average usage in the past 250 130.2liter pumped
Your 1month average NEW price351.57 130.2 liter pumped
Difference 101.57
1month different 101.57
1month rebate 52.08
1month, you spend extra (RM) 49.49
(comparing past RM1.92 with present RM2.70)
1 year 1218.84
1 year rebate 625
1year, you spend extra (RM)593.84
(comparing past RM1.92 with present RM2.70)
If your average fuel consumption is more than RM128.2 per month
You will be paying more even with the rebate or RM625 per year
* calculation only works for those driving vehicle below 2000cc, who cares for those driving big cars, they surely can afford it

Wednesday, June 4, 2008

Harga minyak naik lagi.... Wah kenaikan tinggi plak tu... Rs mcm nk naik basikal jer g keje...Walaupun ader subsidi yg diberikan secara tahunn tp maner nk cukup....Bygkan hrga minyak seliter 2.70 mcm nk samer dgn mkn tghari aku.... biler diumumkan sajer kenaikan hrga minyk ptg smlm dh tak smpt dh nk g isi... Jln jem giler dan petrol stersen penuh... Takleh nk buat aper pun, bnda pakai hari2 kan.... bln dpn pulak elektrik plak naik bygkan lebih 2 kali gnda... Gas memasak pun mesti naik... silap2 smpai RM 32-35 sbb skrg ni pun dh rm27.. Kenapa benda mcm ni blh berlaku???....
Mmglh klu dibndingkn dgn negara lain yg lbih teruk. kiter adalah lbih baik tp pendekatan lain blh diambil... Maner pegi saintis negara kiter.. Carilah alternatif utk minyak... why not kiter gunakan minyak kiter yg bermutu tinggi... kiter jual minyak kiter yg berkualiti tinggi dan kiter bli minyak dr negara luar yg kurg 2nd kualiti... Mcmaner penduduk di luar bandar nk survive.. Aku pun terasa sgt kenaikan ni... Mcm nk naik basikal jer....hehe...Tension kan semua banda naik harga...Lamer2 darah kiter pun naik... Boom... meletup....

walaubagaimanapun aku bersyukur padaMU YaALLAH.. Aku tidak ditimpa bencana seperti nargis di Myammar, taufan di amerika dan gempa bumi di cina... Tetapi gempa bumi kecil yg seringkali berlaku di Bukit tinggi merisaukan aku jgk....Aku semakin takut.. dunia semakin tua...Mcmaner pula dgn masa dpn negara kiter.. Dgn kenaikan harga minyak ini pastinya mengurgkan keyakinn rakyat kepada kerajaan.. Bagaima dgn nasib kiter sbgai kakitangan awam... Aku semakin bimbg... Kiter harus meliht pndgn muda remaja zaman skrg.. Mereka sudah bijk menilai... Mereka sudah berani menyuarakan.. Kiter harus sentiasa peka dan mengambil langkah yg sewajarnya..

KEMALANGAN KECIL

Alkisahnyer suatu ptg di waktu hujan aku dlm perjalanan balik dari opis singgah kt opis lamer... turun dr situ aku pun tak sedar mcmaner bleh terlgr tembok nk turun tu....jalan licin hujan tp rasanyer tayar baru lg... aku pun tak dpt kawal stereng....mcm terkejut gitu... kemek dpn.. lampu signal terkeluar, aku msukkan balik... blik parking kt rumah sorok sikit bg husband tak nmpk... Aduh... ms terlanggar tu enjin terus mati tp aku blh selamba g terus start enjin turun and then berhenti kt tepi... menggigil kepala lutut tp terpaksa digagahkan jugak balik. Bwk perlahan jer... Aku mcm tkut dh nk bwk keter tp aku kna jugak...

Tuesday, June 3, 2008





Monday, June 2, 2008

HAZIQ JATUH...

sepanjang aku ostation mgu lps, ank aku ikut pengasuh dia nlik kpg kt perak.... Masa tpon dgr ceria jer.... Dia dpt tido, tp mama dia yg kt rumh ni tak dpt tido 2 mlm aritu.. Yerlah dia blik ahad kan... Masa dia smpai nmpk jer aku menangis, sedihnyer tengok.... Ms dia takder aku takder mood nk kuar.. Ptg ahad tu berlakulah satu peristiwa yg betul2 mendebarkan hatiku.... Masa dia tengah main kereta dia, kt luar, dia jatuh ke belakang.... Selalunyer dia main ok jer, aritu plak dia main willie nk naik kt rmh terjatuh ke blkg... Bygkanlah byk betul drh kuar dari kepala dia... aku yg pegang kepala dia tengok drh kt tangan aku mcm nk pengsan jer tp knalah kautkan hati...aku dh nak kuar air mata ni..... Tp jiran2 dtg ckp jgn nangis nt anak nangis jgk..... Pakcik dtg tolong tekap darah ltk ubat dan gunting rmbut dia kt tmpt jtuh tu....katanyer tak perlu bwk ke klinik...
Malam tu dia dh ok tp mlm tu masa dia dok sandar kt sofa, dia hantuk kepala ke belakang berdarah balik....... wuh..... isnin aku tpon makcik ty ok tak dia kt ok jer, dgr suara haziq pun elok jer main tp mlm biler aku amik dia mengadu kepala sakit... risau jgk lah... Hrp2 xder aperlah... Aku risau kepala dia dh byk kali jtuh tkut gegaran... Doakan anak aku sht... kepala lah yg pling penting nk kena jaga...

Sunday, June 1, 2008

HAI.... TMPT BARU.....

Hari ini 2 Jun aku melapor diri kt tmpt baru.... Fuh....kt sini sunyi bangat.... org tak ramai aku satu floor dgn bhgn undang2 dan kppa.. bygkan kebanykan org kt sini pegawai besar.... Td aku diperkenalkan kepada pegawai kt sini. Nasib baik kppa xder. rasa seram gak.... Boring jugak td. internet pulak takleh... skrg ni kt komputer org lain....Tmpt kosong.... Tak tauler mcmaner nt kerja kt sini... Nmpknyer tak outstation kot sbb tgk keje kt sini jer.... Aderlah program kt oversea tp mesti pegawai atas jer yg pegi.... Td masa jmpa ptd kt sini dia siap suruh aku bagi kata2 dan idea baru lagi...pastu suruh aku kerja baik2 sbb ader geng lamer ofismate tu dpt apc... Tak tau aku nk ckp aper....buat ciq na dan ciq tan, kt sini imej korporat. nk g mkn pun kna bwk beg kertas... jaga imej. Name tag sentiasa ader yer....mcm protokol sikitlah... takper aku akan biaserkan diri.....Nt besok aku akn masukkan gmbr ofis baru aku yer.....Yg aku risau nk kna pindh cyberjaya nt ni.. mgkin awal thun dpn... payahlah aku....

LAST OUTSTATION

sblum berpindah, sempatlah aku outstation ke perak tp tido kt penang....for the last time....Tanpa disangka penerbangan kami yang delay ditukrkan kepada business class... mmg best... Tak pernhlah naik dok kt business class... Rasa kelakar pun ader.... Dhlah tu kt airport penang tu sempatlah bergmbr dgn dr sms....Aku silap p amik gmbr dgn kak za skali ptutnyer tunggu kak za hbis bru aku plak amik gmbr... masa tu pikir dr sms tu bz jer....itupun kena kejar...... Masa kt penang

LUAHAN HATI.....

1 jun merupakan tarikh aku bertukar ke kemenerian lain. Aku pun tak tau mcmaner kejaku disaner nt.. risaunyer bkn main. Bkn aper, dgrnyer byk kerja kt saner dan org pun tak ramai… nmpknyer plan aku xjadi…. Aku stress juga dgn keadaan ni tp ini semua kesilapan aku sdiri.. Aku yg mintak tukar dulu sdgkan kt tmpt aku dah mmg best dh….. Ms tu bkn aper member kt kpt ajk g saner, aku pun rs seronok lah konon dapt g oversea, last2 gigit jari… hehe… Aku tdk boleh mnyalahkan sesiaper.Apapun aku harus berani menyahut cabaran…… …. Dgn semangat baru aku bertekad menyahut cabaran Ckp sng tak tauler mcmaner dn bos baru nt… hehe…..Ramai kt kerja dgn ptd ni byk songeh…..tp mcmaner pun kna hadap jgk kan…..Pd ciq tan dan ciq na, dan semua rakan2 selamat tingal… Walau jauh di mata dkt di hati…….Jgn pulak luper kat akak ni yer….Nt akak citer mcmaner kejer kat tmpt baru. Itupun klu tak bz, dgr citer sner bz giler…..sampai staff saner pun mtk kuar dar saner…Nt sng2 dtglh rumah... K

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online