Tuesday, December 16, 2008

====================================================================
======================================================================









Wednesday, December 10, 2008

DI SWISS GARDEN RESORT N SPA, LUMUT


IBU N ANAK

Monday, December 8, 2008

Dah lamer tak update blog ni. bkn aper, 2 minggu berturut-turut yg lepas dok bz dengan report dan kursus. minggu ni baru rasa relaks sikit. selamat menyambut hari raya aidiladha come back lps cuti ni biaserlah, ngantuk sgt, smlm nk blik sini, jem giler. hampir tak bergerak. biler my hubby dh ngantuk, dia bwk kete laju betul. takut dibuatnye. potong saner sini.. xleh tgur, sbb kalau dia dh ngantuk, lagi bahay. ktnyer bwk laju hilgkan ngantuk. itupun kami ikut jalan lamer dan short cut lagi... raya haji ni taklah bz mcm raye pose. cume suamiku dok sibuk pasang cd player kt kereta. berdentam-dentum...mula2 patutnyer anak aku tgl kpg minggu ni sbb makcik blik kpg.. tpbwk jugak blik ke sini.. dia tak nak. kalu dia tido, sng tglkan.. lgpun mak aku x sihat.. anak aku pun terjatuh dari beranda kt rumah mertua adik ipar aku... akulah tak tgk. dia main ramai2 dgn cousin dia.. rasanyer ader bdk besar ni letak dia kat atas tu pastu tak tgk. dia takkan boleh naik sdiri... tinggi tu.. aduh... nk marah masing2 tak ngaku saper yg letak... takperlah. aku berdoa semoga dia takder aper2. risau gak . dia ngadu kepala dia sakit....

SEKADAR RENUNGAN

Sekadar renungan bersama..kekadang dlm menongkah arus kehidupan yg serba mencabar dan pantas ini membuat kita sering terleka & terlena tanpa kita sedari sebenarnya masih ada lagi perkara yg lebih penting dr segala-galanye yg mesti kita tunaikan dan kita utamakan..kesibukan bekerja dan aktiviti seharian bukan alasan untuk kita tidak menunaikannya. .mengerjakannya. .iaitu solat 5 waktu...renung2 kan lah dan sama-sama lah kita muhasabah diri..ingatan buat semua teman firdausi dan juga sy sendiri...Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
Solat Subuh Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Solat Zohor Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Solat AsarBarang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Solat Maghrib Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Solat Isya' Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :Sabda Nabi s.a.w. :"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

Sunday, November 23, 2008



tau org nk amik gmbr, posinglah dia

hantu...hantu..... ni budak yg suka tengok citer hantu

tak boleh jumpa eskalator, mesti nk duduk

control macho bah....hehe.. jgn marah

Sunday, November 9, 2008

AKSI HAZIQ


mesti dia tgk citer empit ni. mcm2 aksi dia buat.jatuh tergolek pun tak nangis




Tuesday, November 4, 2008



atas ni gmbr terbaru haziq
bwh ni gmbr lamer
haziq dgn tisya. tisya ni lg muda dr dia tp nmpk lebih besar.haziq dgn jasmine
========================================================================
malam minggu yg lepas my hubby outsttion. 2 hari xder kt rumah.. sabtu mlm dia blik terus ajak g jenjalan bwk anak. apalgi. kami pun g putrajayahaziq dok main motor dia kt dpn masjid.. pusing2 jumpa plak budak yg samer moto dgn dia.. hehe..sbnrnyer masa dlm perjalanan tu dia dah tido.. smpai jer saner, abah dia kejut, katanyer tak berbaloi dtg jauh2 kalau haziq tido. nasib baik dia tak nangis. biasenyer kalau kacaua dia tido, bangun mmg mengamuk pyer.. dgn abah dia, tkut sikit..biler dh bangun plak, payahlah nk tido balik mlm tu.. last2 aku terlelap dulu. tak tauler dia tido pukul brp.
balik dr putrajaya, kami singgah kt funfair semenyih.. bukan main seronok dia.. semua nk naik tp duit tak menahan..
ni masa naik space shuttle, tp haziq panggil nyer bot.. masa kt bwh excited nk naik. biler jalan jer.. "tak nak... tak nak.." laju agaknywer, dia takut. abah ckp ngan dia, tutup mata. dia pun tutup mata, kelakar betullah.. besoknyer g rumah mak cik, dia citer kt mkcik"Haziq g putrajaya, naik bot..wah dah pandai mengadu ni... takleh ckp aper2. bahay!!!.

ni gmbr masa naik buaian besar mcm eye of malaysia tu.. tak takut pun dia. aku yg gayat..

haziq bk baik lagi sekali. aku ckp tak leh. nasib baik tak nangis... kopak duit
====================================================================

ni gmbr angah yg kawin masa 25hb aritu. ader gmbr ramai2 tp tak dpt lagi..

ni gmbr maser rumah terbuka adun kt melaka.. biaserlah tiap2 tahun dpt projek buat roti canai dan murtabak ni. Family projek.

Thursday, October 23, 2008

haziq yg dok ikut aku g meeting rukun tetangga mlm td
haziq dok main moto dia

masa raya aritu, elok pulak masing2 bli baju yg samer, beza sikit jer,..yg tgh2 tu ank buah.. kiri kanan pak sedara

Sunday, October 19, 2008

Hujung minggu ini merupakan hujung minggu yang rase suam-suam kuku jer...Maner taknyer byk jemputan open house yang tak dpt dipenuhi...Anak aku sabtu tu satu hari dok asyik nangis jer... tak tau ler paer yg tak kena... kejap nk dukung, lps tu tak nak pulak, ditolak dan dipukulnyer aku.. ty perut sakit tak, kepala sakit tak. tak jugak...last2 tertido kt sofa...alhamdulillah... walaupun aku tak g rmh member aku, ader jgk yg dtg... insyaAllah, senang nanti aku dtg rmh korg ek..
hujung minggy ni pulak, abg iparku akan berkahwin tetapi yg sdihnyer pulak ibu mertuaku kena strok mkin teruk pulak... Aritu dia dh boleh jalan sikit, dh boleh ckp n angkat tgn sikit, smlm pak mentuaku telefon, mkin teruk plak jadinyer... tiap2 hari pergi berubat... semoga dia kan cepat sembuh...

Wednesday, October 8, 2008

ni masa di menangis 1 jam lebih tak nk g rmh dua2 atok dia. dia nk balik rmh mama.

Tuesday, October 7, 2008

KEMBALI BEKERJA

SELAMAT KEMBALI BEKERJA....
Dah puas berhari raya... kini bekojolah kiter sekueknyo... fuh.. penat betul hari raya tu.. nmpknyer naik raya ni byk benda yg perlu diselesaikan.. duit pun dh habis.. dok tkr handphone baru n beli moto harley haziq. balik kpg kali ni terasa tak muat kereta. seat belakang kerete penuh dgn barang.. hehe..nk tau setelah seminggu dok kt kpg hari sabtu bersamaan 4hb, anak aku yg sorg tu manangis bukan main lama lagi . Katanya" nk balik rumah mama, tak nak g rmh tok ajis, tak nak g rmh tok abu.".terkejut aku.. boring dah seminggu dok kpg agaknyer.. hari ahad balik sini jalan jem giler, nasib baiklah suami aku tau jln short cut. sampai sini g jalan raya rmh abg2 dia. balik rmh terkejut nyer tgk bilik belakang.. siling bocor. hbis almari baju kayu terus di bakar. tak byk amik gmabr masa raya aritu.. nt aku masukkan gmbr baru.. arini tak bwk card reader pulak...

pok su nyer dgn sbhgian anak buah... ank2 buah mmg rapat dgn pok su..

sempatlah kami ke zoo melaka melawat bekas kak ipar sambil jalan2.

najihah beraya kt rmh.. kejap dikendong org sini kejap org saner..cucu sulung. lah katakan.

Tuesday, September 23, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Saya ingin memohon ampun dan maaf jika ader terkasar bahasa, tersilap kata, hati terluka,

Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin

DEMAM RAYE dah sampai.. walau mcmaner pun kerja tetap kerja. minggu terakhir nak raya ni pulak yg dok bz nyer... tak sabar rasenyer nk balik kpg tp rumah pun tak siap kemas lagi... kuih pun tak siap lagi nih. aku akan blik kpg sabtu ni.. tp suamiku kna kerjalah pulak insin dan selasa. mlm raya baru dia blik... patah kakilah aku kt kpg takder transport.hehe.... gmbr baru pun xder nk masuk dlm blog ni...fuh.. anak aku skrg suker btul nyanyi lagu ketahuan... pas2 tiap2 hari ajak g rmh jiran .. "nk g rumah nabil" dr ptg lagi.. tu yg smlm lambt sikit dpt mkn berbukanyer dok melayan dia..budak2 ckp nk masak pun, dia ikut ckp dia jer... tp aku tak bwk g rumah member dia. aku terpaksalah layan dia jd raksasa. dia boring balik rumah jer, mama dok sibuk, dia main sorg2.. nk tinggalkan kt rmh org tu tak syoklah pulak. ank2 dia pnt balik sekolah.. faham2lh bln pose ni...

Monday, September 15, 2008

PUASE DAN RAYE...

Sudah lebih 15 hari kiter berpuase... rindunya pada ramadhan ini yang akan berakhir.. Bahang raya semakin terasa.. lagu-lagu raya pun dah mula kedengaran di radio.. Raye thun ni samer juga seperti tahun-tahun sebelumnya.. xder aper yg istimewa..Cumer dalam sejarah aku tak beli baju raya... suamiku kt tak perlu.. yerlah baju melayu raya dia 2 tahun lps masih elok lagi. pakai masa raya jer..aku pun pakailah baju yang samer.. smlm aku bukalah jahitan baju melayu baju anak aku.. dulu masa dia pakai kna jhit sbb masa tu dia kecik.. dah pakai, tak nk bukak pulak... . tp luperlah pulak nk amik gmbr.. dia ty abah dia " bah, cantik tak bah." hehe... aku pun takder citer baru nk masukkan dlam blog ni... cumer anak aku dh hafal doa tido. dia bacer sdiri.. pastu skrg ni suka sgt nyanyi lagu ketahuan...

Sunday, September 7, 2008

MACAM-MACAM

Nk citer sikitlah pasal anak aku ni... dia suka sgt tumbuk aku.. tumbuk betul lak tu.. kt kepala kt badan... biler suruh buat abah dia tak nak pulak... aku mrh dia.. aku pukul dia balik, dia blh ty plak" knp pukul haziq" senang jer aku jawab, " haziq pukul mama, mama pukul lah haziq balik".. dia pukul gak lagi.. klu dh tergeram, terpukul dia lbih sikit. barulah buat muka sedih nk peluk aku. dia blh ckp lagi " mama marah haziq". tau pun.. lain kali jgnlah buat mama.. tp buat juga.. sekrg ckp bukan main lagi plak tu... biler ty anak saper, kekadang dia kt ank nenek... geramnyer.. biler time baik nk cium kiter..
suatu masa dia dh tak nak kuar, skrg ni dh nk kuar jalan balik.. tp tulah masa aku masak plak.. "ma, jom kuar" "tak boleh lah... mama tgh masak ni". lagi satu nk citer.. aritu masa kt kpg aku bz kan masak kt dapur.. dia memain pun panggil aku jgk... biler aku tak nyahut dan tak g kt dia,, dia panggil kuat2. "mama ura"... adus... tergelak semua org...

Monday, September 1, 2008

SELAMAT DATAANG RAMADHAN



bulan puase tiba lagi...
Kemeriahan dirasai semua sekali..
amalan ibadah menjadi penyeri...
buat menerangi ramadhan ini

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 51


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online