Assalamualaikum,Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
Wassalam...
Monday, April 28, 2008
INFO
Posted by jorazu.ziq at 8:48 PM 0 comments
Wednesday, April 23, 2008
AKSI HAZIQ DI KAMPUNG
kt kpg mkn aper sajer termasuk minum teh dan kopi...sampai mak aku terpaksa sorok kopi sbb dia asyik mtk jer....
Posted by jorazu.ziq at 1:08 AM 0 comments
Monday, April 21, 2008
FRIENDS
Posted by jorazu.ziq at 11:13 PM 0 comments
OUTSTATION
Sepanjang minggu lepas aku n member opis outstion ke Perak.. anak aku tglkan kt kpg sbb ayah makcik yg jaga dia sakit masuk sepital.. Terpaksalah aku tglkn masa dia tido sbb dia mcm tau2 jer aku nk tglkn dia. asyik nk dkt aku jer....aku ty kt dia " mama nk g keje, haziq dok ngan akok nenek yer" Terus dia jwb " tak nak..tak nak"..
Sepnjg kt Perak aku dok hotel yg berhantu dulu tu.. 1st day tu susah btul aku nk tido.. bkn aper psiko sndiri teringat2 kt kisah dulu... Hehe..... Dh dok kt lumut tu apalagi shopping hbislah sotong2 kt situ.. Biaserlah bg sane sikit, sini sikit... Balik tu smpt singgah teluk intan amik gmbr kat menara condong dah terlanjur hntr ciq na..ingtkan boleh naik rupenyer kunci.. aku blik dgn intan berdua jer. ciq na blik klntan.. sampai sesat2 lah ikut jln lamer. aku smpai rumah pkul 6.30ptg. Yg bingungnyer, boleh kitorg tak berhenti mkn dan buang air.. tu yg smpai pjaya lapar giler.... apalagi singgah pasar tani bli jagung. mkn dlm keter..mlm pkul 9 bru mkn nasik.
Blik kpg amik haziq, uihh... mak aku kt masa aku takder elok jer memain.. aku dh ader mengada2 plak... tak nk berenggang lgsung.. minum susu pun atas pgku.. ayah aku kt ader 2 kali dia ckp nk balik. ade satu kali tu aku kuar kjp naik moto ke rmh mntua dpn mata dia. biler balik dia dh tido, aku pun bringlah sblh dia. dia tersedar, tolaknya aku marah sgt pastu nangis tak nk berhenti, xnk kt aku. merajuk btul.. masa nk blik pun sombong btul dgn aatok dgn nenek dia. Tkut kna tgl lagi.
Arini tak dpt nk masukkan gmbr.. kad reader tertgl kt rmh..
Posted by jorazu.ziq at 8:00 PM 0 comments
Wednesday, April 9, 2008
TASKA
Hari ni anakku masuk taska sementara bapa makcik yg jaga dia sakit.. Nmpk mcm suke jer dia.. Elok jer teacher tu bwk masuk dia... dia ikut jer... atau dia tak perasan org lain dh pegang tangan dia tak taulah... Aku pun takderlah sruh dia salam aku sbb takut dia tak nk dok taska... harap2 dia ok.. Terlupa nk bwk selimut dia.. tkut sejuk dlm tu nt...Bju dia kt rumh byk takder lengan.. Aku bwklah bju pnjg
Posted by jorazu.ziq at 4:52 PM 0 comments
Monday, April 7, 2008
Mgu lps balik kpg, bkn main sukalah si bdk kecik tu... lompat sane, lompat sini..Nk blik sini main2plak dgn atok dia. Atok sruh salam, dia kt sakit gigilah.... Dgn pak su dia(sblh suami) xnk pisah... kononnya nk g jom heboh,, tak sempatlah plak.. Asyik kesana sini...
Arini mertuaku akan dtg rmh. Bsok aku cuti bwk diorg g hospital seremban. pastu ptg plak klu smpt nk bwk haziq g klinik. mg ni mgkin kna blik kg lagi.. hnatr budak kecik tu dok ngan nenek dia... Mgu dpn aku outstation.. Ayah mkcik plak sakit blik masuk spital.... Taku dia cuti isnin dpn...
Posted by jorazu.ziq at 5:22 PM 0 comments
Thursday, April 3, 2008
Alhamdulillah... Report dah siap. Relax lah sikit. byk urusan nk buat ni...Terima kasih kepada sahabat2 yg sntiasa membantu... Seronok rasanyer...
Posted by jorazu.ziq at 12:09 AM 0 comments
Wednesday, April 2, 2008
Tuesday, April 1, 2008
ALKISAH....
Keje aku yg menuntut aku selalu outstation membuatkan selalu tglkan anak dan suami... bila anak dh besar ni, dia pun pandai dah... Rasa sedih dan bengang.. sbb ms nk tido dia akan ckp "nk abah..nak abah...." kalau abah dia xder xleh nk tido.. dulu senang jer dia tido dgn aku... takperlah... asalkan dia tido..Alhamdulillah skrg ni dia dh pandai main dgn member2. .tp masalahnyer,, kalau takder member, mama dialah jd mangsa kna layan dia... Takleh nk buat keje lain.. pandai pulak tu.. konon-konon " ma... tolong... tolong..." g kt dia, senyum sumbing, peluk kiter...eeii, geram...
Mlm td aku ajaklah my hubby g mkn western.. sajerlah sekali sekala.. aku order steak, suamiku order chicken chop.. Mmglah sedap tp takleh nk kunyah steak nyer... liat nk mampus...Hilang selera mkn... Last2 mkn sikit jer, tapau bwk balik..
Sebenarnya byk gmbr aku nk masukkan dalam blog ni tp card reader aku problem lah pulak... ingatnyer bsok nk pinjam hphone baru my hubby tu... nk upload gmbr yg guna camer opis pun takleh sbb besar sgt... geramnyer....
Posted by jorazu.ziq at 1:00 AM 2 comments