Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru kepada semua kawan2. Azam aku tahun ni nk jdi insan yang soleh, memperbaiki diri ini. hehe... sblum ni jahat ker aku hah.. kah..kah..kah....jahat sikit jer... tahun ni kalu boleh nk menambah satu lagi. InsyaAllah kalau ader rezeki. anak aku pun dah kata nak adik beradik. nak adik lelaki dan perempuan.. kalu dpt kembar sekali, sng kan.. hehe.. tak larat nk jago do... kakak aku dapat anak kembar.. mgkin awal tahun ni bersalinlah dia. bkn main seronok lagi dia dpt kembar dua2 perempuan.. adik aku dgn adik ipar aku pun dah mengandung...
aku skrg ni dah berpindah ke kuarters putrajaya. yerlah masa ulang alik ke cyberjaya dulu tak larat rasanyer.

BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum... hai apa khabar semua rakan2 yang masih melawat laman blog ku ni. Dah lama sbnrnye tak update blog ni. yerlah kekangan masa dan internet subscription.... hehe...
rindu rasanyaer. tgk blog org lain semua dah cntik2 dan berubah wajah. aku pyer mcm ni jgk. masing2 ajak join friendster lah, facebook lah tp aku tak dapatlah nk join. internet aku dh lamer tak bayar. bukan aper. komputer aku tu dah lembap sgtt. nk kena tambah ram, memory. tp tak tauler pulak nk cri dimanaer. kalu cari sdiri pun tkut kena tipu pulak. yerlah aku bkn reti sgtr pasal it ni. hehe.... tgk org ader laptop best jer. dah tak mampu beli, tgk jerlah... seronok dgr diorg citer pasal download citer mcm2. aku dah berubah tmpt keje. kat sini mcm strict sikit. kekadang pukul 5 nk balik tp tgk diorg rileks jer xnk balik. jd kiter jd serba salah pulak. kt lif pun takder org. x nmpk org jalan2 kat luar pun masa keje... skrg ni pun aku dtg keje awal. mcm tak cayer jer.

Thursday, July 2, 2009


masa kenduri kawin anak mkcik bln 5 aritu

Wednesday, July 1, 2009

gmbr ni haziq dgn anak jiran aku (nabil) dok main sesama kat rumah aku. maghrib jer mak dia dtg rumah cri. risaukan anak dia. hehe... ni masa mandi kt sungai tekala bersama adik beradik my hubby... mula2 mandi kat bwh jer. pastu geng2 lelaki naik kt atas lagi. aku malas nk bwh anak g atas.. nk naik tangga lenguh kaki. semua gmbr aku x nmpk muka. sedih betul. posisi tak kena. camera man pun x bgtau. hihi... jgn mrh camera man.
aku dh luper pulak namer monyet ni.

budak kecik ni mula2 tkut nk mandi. lps abah dia bwk. last2 tak nak naik pulak. dh kecut2 pun nk mandi lagi.

dh lamer tak update b;og ni. bkn aper. internet ni selalu problem. aku pun xder aper rasanyer nk citer. cumer dlm bln ni aku akan berpindah ke kuarters. mula2 dulu tu sajer jelah kemaskini maklumat. Permohonan lamer dah. tahun 2004. tak kisahlah dpt ke tidak. tup-tup dapt, terimalah. dapat end lot. oklah jugak. lagipun kekadang biler dah terlmbt jem lah kt semenyih tu. dengan lalu sekolah lagi. kt nk pindah, tp brg tak pack lagi ni. tak tauler. mcm belah bagi pun ader. sbb anak pun dh selesa dgn makcik.

Wednesday, June 3, 2009

BZ...

Dah 2 minggu aku bz. akhirnya aku terpaksa gak amik cuti selasa aritu. dh tak larat dh badan ni... mula2 satu ahad ader hari keluarga perumahan aku kt pd, pastu balik dari pd, mesin baju, terus g sarawak pulak, pastu balik kpg.. rumah memang berkapau giler.. last2 masa cuti tu aku clear kan everything.. lega rasanyer... minggu ni ader jemputan kawin tp malas nk g sbb jauh.. aku nk upload gmbr takleh pulak. kamera habis bateri. he.....

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI IBU

10 Mei hari ibu juga merupakan birthday aku.. syok betul. tahun ni hari birthday aku, aku sibuk kt rumah pengasuh anak aku. Dia buat majlis kawin anak sulung dia. Family aku dr melaka dtg. Jd ptg kitorag pun tempahlah kek mothers day berserta my birthday... hehe...Aku bg bunga hidup kt mak aku, mak aku boleh tanam kt dalam pasu rumah aku pulak... sabar jelah...

nilah dia kek moose chocolate yg aku tempah.. sedap. kt king's kt tesco dkt rumah.

ni pulak email yg selalu org bagi bile hari ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemas kan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin...Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Bila aku dah ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku cerita kan pada....pasanganku
Bila gagal, aku cerita kan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau su dah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata jika k ita mendengarnya........Tapi kalau mak sudah tiada..........

HANYA MEREKA YANG MERASAINYA SAHAJA AKAN MEMAHAMINYA...
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali
berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
Sekadar renungan...
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kert as yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1)Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3)Tolong buang sampah : RM1.00
4)Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Wednesday, May 6, 2009

PERPINDAHAN OFIS


Akhirnya aku telah berpindah juga ke cyberjaya. Mcm2 hal berlaku. Terbuang kami dianaktirikan. mmg sedih betul. janji aper yg kami dpt kat sne dpt gak kt sini tp ader jugak yg tekder. nasib baikader sorg lelaki kt sini yang boleh bising2 kt diorg ni. Geram jugak. dahlah tmpt kami kecik semacam. bayangkan bilik bos kami pun kecik mcm lower gred.. hangin jer... dh bbrp hari ni balik lmbt.. perjalanan aku ke tempt kerja jugak dh semakin jauh.. sibuk degn perpindhn ni.. masuk kt opis baru dgn bau perabot ni, kepala semua fening jer. pg td seksa betul nk bgun..

gmbr baru nt

Wednesday, April 22, 2009

KECEDERAAN

Alkisah suatu cerita di pg hari, kaki terluka. Pg td dok kocoh2 nk g keje. terlanggar besi sliding door kt bwh tu. berdarah. ingt ok, g keje. masa bwk kete darah makin byk kuarlah pulak. mcm nk pitam pun ader. sampai opis. basuh letaklah minyak gamat. Tp tulah keprihatinan rakan2 suruh aku g klinik takut kuman lah aperlah.. Apa lagi kenlah cuci n 2 jahitan. Fuh.... sedap... sakit betul masa cuci n inject bius.. dptlah mc. tp nk buat camner. nk bwk kete, nk tekan clutch sakit pulak. diorg semua kata nt bentanlah. terpaksalah dok sampai ptg. husband nk amik naik moto. tgklah keadaan mcamaner. risau pulak nk tinggal kete kt cni.

Monday, April 6, 2009

hujung bulan lepasa dan awal bulan ni aku bz sgt sampai xder masa nk update blog.. dah sebulan x blik kpg gak. hujung mgu pun penuh... aritu nk kejar laporan tahunan aku balik sampai pukul 7.15. paling lewat aku balik. balik mlm dengan hujan walaupun tak lebat sgt menyukarkan aku gak. aku ni takleh bwk kete waktu mlm.. silau n mata pun tak berapa nk nmpk. bwk pelan2 jerlah..mgu lps ingt nk blik kpg tp ader smbutan maulidur rasul. kenalah berarak. pastu ader aktiviti prtndingan memasak, bercerita, azan, mewarna, sukan n mcm2 lgilah. mlm pulak ader forum. kwsan perumahan aku ni kira aktif jgk. arini semua repport dh kuar, baru aku lega sikit. tp tgk tgk schedule tiap2 mgu ader aktiviti ni. klu tak kursus buat keje.. oklah..
mgu lps jgk aku melawat opis baru kt cyberjaya.. hai.. tak tauler nt mcmaner.. ingt nk dok kuarters, tp nk kna cari org jaga anak. Org kuarters dh telepon katanyer xder kosong kecuali nk downgrade. tp tulah dh biaser dok rmh bwh, nk dok rmh atas balik, malaslah pulak... tgklah nt camner...pikir.... pikir... pikir.....

Monday, March 16, 2009

KERINDUAN....

Arini bermulalah haziq ikut pengasuh dia balik kampung... cuti sekolah kan skrg ni. makcik balik kpg... bwklah dia sekali.. aku nk hntr kt org lain pun, nk kna bayr gak...ongkos lagi.. jd biarkanlah... tak tauler dia balik sini biler.. harap2 jumaatlah. tadkerlah aku boring sabtu nanti.. dhlah husband kejer.anak pulak takder... mati kutu nt. aku ni klu takder org takleh nk buat kerje... arini jugak husband aku outstation ke kelantan.tak tauler dpt balik mlm ni ker atau besok.. adus.. keseorangan lah aku mlm ni... huhuhu....sadisnya

HAJAT TERCAPAI

Bulan lepas birthday haziq, aku janji dgn dia nk bwk tgk citer geng. tp tak kesampaian disebabkan bz dan kekangan kewangan... Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hajat tu...Ahad lps seharian kt putrajaya.. Mula2 tghari g jemputan kenduri kawin kt perbadanan putrajaya.. and then g tgk wayang citer geng.. (dgn baju kurung rmh kawin.. ) yg syoknyer.. kitorg smpai ngam2 masa tp tgk kt dpn tu ader maskot upin dan ipin... aperlagi.. bergmbarlah aku.. bkn main syok lagi anak aku.. cumer dia mcm pelik sikit kot tgk upin dan ipin besar.. orang ramai tp selit2 gak masuk amik gmbr... mmg best citer ni.. skrg ni haziq pun selalu ckp. "Ma. muka dia. mengerikan.." dia buat muka mcm atuk tu sekali.. masa dlm panggung tu. haziq ckp.. "ma. kiter kt rumah hantu ker.." tadker lah nk tgk citer upin ipin...ade scene yg dia tkut2 gak.. tunduk.. lps trgkan kt dia itu kartun dan orang dlm tu barulah dia ok... habis wayang.. dia cari maskot tp dah takder dh...salute lah pada org yg buat citer ni... filem animasi malaysia yang berkualiti... boleh bwk ke luar negara ni...
lps tgk wayang, g kat bowling pulak.. sajer jalan2..

Tuesday, February 3, 2009

hih..hih...
mandur tgh cek pekerja import dari indon. (gurau jer...)_ buat aper tu?
hi..hi.. bye..bye....

GERHANA MATAHRI

Gerhana matahari ni terjadi pada 26.01.09 lebih kurang dalam pukul 5.26 mcm tu. masa tu aku sempatlah tgk kt kpg. sakit mata betul. tak teringat pulak nk guna sunglasses. nk amik gmbr pun tkleh nk tgk. ni just main amik jer. tu gmbr ni tak brp tepat..

Monday, February 2, 2009

wah. lamer betul aku cuti. Arini bukan main semangat lagi aku dtg keje. belum pukul 7.00 dah sampai opis. tp lepak kat bawah dulu.. bukan aper... malas nk naik sorg2.Keje melambak giler... Sepanjang rayer ciner yg lepas, aku cuti seminggu. tp bukan dok sajer, byk urusan. First aku balik lmbt kpg sbb g rumah kenduri abg ipar aku. Diorg g buat umrah.. syoknyer.. biler aku dpt g. Pastu rabu lepas bwk adik aku g spital serdg. dia oprate mata hari khamis.. aku kenalah jaga dia.. aku hntar dia masuk bilik bedah.. kesian dia sorg2 sbb mak aku jaga ayah aku yg sakit.. suami dia pulak takleh cuti, sbb ciner dh amik cuti sminggu. nasib baiklah suami aku cuti seminggu.. Dapatlah dia bantu serba sedikit.. hari sabtu barulah mak aku, kakak, dgn abg aku dgn suami adik aku dtg rumah aku. Adik aku pun dh blh kuar spital.. Nk diceritakan pengalaman aku.. Aku ni mmg takleh jaga org sakit.. Adik aku kuar jer bilik bedah masuk wad tu, aku jadi pening, loya nk membuang semua ader. aku ni tak leh tgk luka org. hasrat hati nk jaga dia kt spital mlm tu tp dah sakit kepala dok rumah jelah. nasib baik dia boleh jalan cumer takleh kuat sgt. mata ni sensitif. Masa nilah aku terpikir betapa susahnya mak aku jaga aku lepas aku bersalin dulu kt sepital.. kuar air mata... mlm td pulak ayah aku masuk sepital. doktor kata jantung dia lemah sbb tak cukup oksigen.. jadi dia kena support dgn oksigen.. risau aku.. masalahnyer aku takleh nk cuti, sebb aku dah 10 hari cuti (termasuk sabtu ahad).. aku harap ayah aku akan sihat... sebelum balik ke sini selasa lepas, mmg ayah aku dh sakit, aku dh bwk dia g sepital, doktor ckp takde aper2. pastu biler bwk hospital besar ni, doktor ty knp lmbt bwk sepital... adus..... aku tau ayah aku kuatkan badan dia sampai adik aku selesai operate supaya adik aku tak risaukan dia... aku harap semua sihat...nt aku upload gmbr mata adik aku yer...

sebelum dan selepas operation

Thursday, January 15, 2009

JANTUNG

~*Jantung*~
Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.HARGAILAH JANTUNG ANDA.....WASSALAM...

Finally, whatever I do, I always remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran, "Say: Truely, my prayer, my service of sacrifice, my life, and my death are (all) for God, the Cherisher of the Worlds" (6:162). May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. .. ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!

"O Allaah, place light in my heart, light in my tongue, light in my hearing, light in my sight, light behind me, light in front of me, light on my right, light on my left, light above me and light below me; place light in my sinew, in my flesh, in my blood, in my hair and in my skin; place light in my soul and make light abundant for me; make me light and grant me light."

Monday, January 5, 2009

CITER ANAK2... SAJER....


btp sayangnyer anak pd sang ibu... ini kisah benar berlaku... semalam si anak beri ibunyer sekeping coklat yg diberikan oleh kawannya. ibunyer letakkan dulu di atas meja untuk beri pd anaknyer. ibunyer berfikir pastinyer biler coklat yg dimakannyer sudah habis, dia akan minta yg lain lagi.... Sehinggalah ke keesokkan harinya iaitu hari ini, biler bangun pg, si ibu terlanggar coklat yang diletaakkan di atas meja lalu jatuh ke bawah. oleh kerana tak perasan, si ibu terus masuk ke ruang tamu. si anak dengan cepatnyer bertanya si ibu, "mama, knp buang coklat ni. kan haziq bg mama. makanlah." Si ibu menjawab" sori, mama tak perasan, nk cpt ni, mama dh lmbt. haziq amiklah. mknlah" Anak menjawab" Haziq tak nak, Kan Haziq bg mama. Haziq dh mkn dah." Si ibu menjAwab. " Xpe, mama nk bg haziq." Tp si anak tidaj=k juga mahu merima sebaliknyer memaksa ibunyer makn. dia merungut. katanyer bg mama, x mkn.Si ibu menjawab" Ok. mama makan yer." barulah si anak td puas hati.

Sunday, January 4, 2009

smlm aku sajer ajak husband g jenjalan tp tak tau nk g maner. pusing2 last2 g menara tinjau kat antara langat dgn ampang. terima kasih kak kib kerana panduan jalan. seronok betul haziq. tp dia kata. ' ma, takut. tinggi, nt jatuh darah" tulah sejak kepala dia berdarah jatuh dulu, aku selalu suruh dia jaga kepala.
pemandangan kuala lumpur



dr menara tinjau pusing2 ke ampang, tak tau kt ner, masuk kl and then g titiwangsa tengok kereta control. haziq demam sebenarnyer. tal larat dia nk jalan. nk dukung jer....taku betul aku mlm td biler maner dia asyik pndg tatas, tak tido.. badan panas betul. sejuk katanyer. selimutkan dia dengan toto, tuam kepala dia. last2 aku terlelap.pastu dia menggigil. harap2 arini dia ok

dh lamer tak update blog ni. bz betul. skrg ni pun curi2 masa. aku pun tekder aper yang nk citer.. just cuti hujung tahun. aku nk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua rakan2. Tanam azam setiap tahun. Jadikan azam tahun ini satu kenytaan bukan ternanam. tahun ni umur pun meningkat lagi. anak pun dah besar. sekejap dirasakan setahun berlalu.
hari sabtu 3 minggu lepas kot. tak ingat dah... tp hari cutilah. aku ikut my hubby g perak hantar barang. nilah sedikit sebanyak gmbrnyer.
masa balik kpg awal muharram dulu, lamerlah sikit dok kpg, 2 yg bestnyer... inilah itik mak aku yg pandai terbang naik atas bumbung stor, pastu takut nk turun. sampai kena sergah...ni masa g mcd kt kpg.jihah suka sgt peluk dia. dia rimas sbnrnyer.
ni gmbr lamer. luper nk upload masuk.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online