Tuesday, November 27, 2007

BASIKAL, KERETA, MOTO....

Satu perangai anak aku ni kalau g maner2 takleh jumpa kereta, kalau balik kpg sape kacau dia main kereta habis dia pukullah nyer.....Kalu kat rumah tiap2 ptg ayik naik basikal anak jiran. kalau balik kpg pulak dia kerjakan moto sepupu dia, najihah... kesian pulak aku tengok dia. jadi aku belikanlah basikal dia. bukan main suka lagi dia .....mlm td dok main basikal jer.. pagi td bangun tido jer nmpk basikal terus nk naik......tp bknnyer pndai kayuh pun... ader satu lagi yg aku berkenan.. kereta duduk pusing stereng jer dia jalan tp mahal lah pulak.... basikal dia boleh pakai sampai besar... yg keter tu tak boleh...
permainan kereta dkt alamanda putrajaya

inilah basikal baru haziq


inilah moto sepupu dia yg asyik dia naik kalau balik kpg.

JENJALAN

minggu lepas aku balim kampung...... sempatlah g jalan2. masa mula2 sampai dia blum ader mood lagi... dah lama2 dia pulak tak nk balik dok asyik main air kolam.... anak buah aku yg ikut sama pun tak ketinggalan nk bergambar jugak..


SYOKNYER.... DIA

Tiap2 petang aku selalu bawak haziq main kat taman permainan... bkn Main suker lagi dia. Tp pantang betul jumpa kereta. dia dah berani dah main gelongsor tinggi. dulu bkn dia yg takut mama dia yg tkut jadi aper2.



aku pun tak tau aper masalahnyer dia ni... masam jer....

Thursday, November 22, 2007

GENTING KOTA KERIANGAN

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU



Kenangan bersama En. Patrick dan En. Ariffin dan Intan di gunung Kinabalu.



gmbar dulu2. sajerlah nak masukkan

PARENTS

Inilah kedua orang tuaku


Ini pula mertuaku

Wednesday, November 21, 2007

YA ALLAH YA TUHANKU........
Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari esok.....
Segala kemungkinan bakal terjadi......
Aku harus kuat dan tabah .......
Harapanku agar ia tidak mengubah kehidupanku....

Tuesday, November 20, 2007

TENSION.......

argh..... arini tension betul.....
knplah nasib kami tak terbela. tak boleh nak salahkan org lain sebab salah sendiri...
geram jer rasanyer.......
Boring dah dok kat sini..... mcm2 adar.....

Monday, November 19, 2007

DATARAN MERDEKA

17hb aritu Sabtu mlm aku sekeluarga g dataran. ajerlah jalan2... dah lama tak g kl. menikmati pemandangan waktu mlm kuala lumpur.... Bawaklah anak jalan2 main bola kat dataran merdeka. kelakar betul tengok aksi dia. sekarang dah pandai cakap. mcm2 dia cakap. tp tuler bila dpn org senyap jer.....


inilah aksi si cilik tendang bola. laju.....

berehat sebentar bersama kit kat....

nak pinjam bola pun tak bagi... dia dah seronok main.

Thursday, November 15, 2007

BORINGNYER......

Arini ari jumaat.. boring betullah.. tepon pejbt org asyik xdpt jer.....risau betul untuk program tahun dpn yang tak siap lagi. Wah... blog diorg ni semakin upgrade nampaknyer.... syabas dan tahniahlah..... aku punyer jugak yang tak brp jadi. bukan aper... aku ni tak reti sgt. pastu nk citer2, tulis pun tak brp pandai gak..... aku pun tak tau nk tulis per lagi. arini pun xder mood nak update blog.... tghari ni kuar... ader urusan sikit..

Wednesday, November 14, 2007

ALAHAI SAYANG MAMA.......





Monday, November 12, 2007

RENUNGAN KITA BERSAMA.............

APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips; 1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. 6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. 11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). 12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

HARI KELUARGA

hari sabtu yg lepas 10 Nov 2007, aku n family g hari keluarga tempat keje aku kat pd... best giler..... aku masuk jugak acara sukaneka tapi kalah.... aparlah......
Nilah antara gambar yang dapat aku amik. tp gmbr aku takda.

Budak 2 orang ni tak tau lah knptak nak kawan sepanjang masa kat pd tu? apelah masalahnyer....

Dok sibuk dgr pasal banana bot. tp tak naik pun.....




Monday, November 5, 2007

SAMBUTAN BIRTHDAY HUBBY KAT GENTING

Ahad 04.11.07, saya dan suami telah ke genting highlands...... sajer jerlah nak celebrate birthday suami.
memang best giler...... tp ader jugak benda yg tak best jadi.... takleh citer kat sini.......
bengang betul..........biarlah rahsia...........



wei, brp umor kau hah?.... mau gadoh ka?

berani??? meh lumba ngan aku,,,,,,hehe..




inilah hotel tempat kami menginap....semua org tau.. sajer amik gmbr kenangan



ni... namenyer org tua patah gigi

Thursday, November 1, 2007

JAMUAN AIDILFITRI DI OFIS







JAMUAN AIDILFITRI DI OFIS PADA 01 NOV 07







KAK ZAB, KAK JU, ZURA, INTAN AND WANA.


If u think ur beaten, ur

if u think u dare not, u don't

if u like to win, but u think u can't,

it is almost certain u wont

if u think u lose, ur lost.

for out of the world we find

success begin when a fellow will.

It's all in the state ofmind

If u think ur outclassed, ur.

You got to think high to rise,

u got to be sure ofyourself beforeu can ever wina prize.

Lifes bettles dont always go.

To a stronger or faster man.

but sooner or laterthe man who wins is the man.

WHO THINKS HE CAN

MESSAGE FROM PARENTS


Dear son, Dear daughter

The day when u will find that I become very old,
Try to have some patience to me and try to understand me.
If I got dirty by eating, if I have some difficulty dressing… be patient!
Remember the hours that I spent to learn u and sort of things when u were small.
If I repeat the same thing dozens of time,
Does not interrupt me… listen to me!
When u were small, u kept asking me to read same history,
Evening after evening until u fall asleep, and I made it!
If I do not wash myself anymore so often under the shower,
Do not reprimand and do not tell me that it is a shame.
Remember how many excuses I had to invent to make u take a bath u were small.
By seeing my ignorance to used the new technologies
Do not laugh at me but leave me rather the time to understand.
I thought u so many things indeed to eat well….to dress well……
How to confront the problems of the life
If I sometimes miss memory or am not able to follow a conversation,
Leave me the necessary time to recollect and if I do not reach there,
Do not become a nervous and arrogant person
Because the most important time is
To be with u and to be able to speak to u.
If I refuse to eat, do not force myself, I know very well when I am hungry
And when I am not hungry….
When my poor legs will not allow me anymore to move as before…
Help me in the same way as I held your hands to learn u make your first steps
And when one day, I shall say to u that I do not want live anymore…
.that I want to die, do not angry…
Because one day u will also understand!
Try to understand at certain age, we do not really live anymore…
Like simply survive! One day u will understand that
In spite of all my errors,
I always wanted what was best for u and
That I prepared u to the ground for when u’ve grown up
U does not have to feel sad, unfortunate or incompetent in front of my old age
And of my state, U has to stay near me,
Try to understand what I live, to make your best as I did at your birth
Help me to walk, help me to end of my life with love and patience,
The only way that I need to thank u for it,
It is a smile and a lot of love from u.

gmbr ini yg mungkin anda tak pernah lihat dan jumpa







seronoknya dia berjalan-jalan.

Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".- Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh dgn cara hidup Masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini. utk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yg patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dlm lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg Dipenuhi uban menegurnya......Wahai pemudi ..... alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran & adat serta agama Islam kamu........ "Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..." nasihat org tua itu. Namun, nasihat yg sangat bertetapan dng tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan sinikal/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan org tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kpa org tua tadi sambil melafazkan kata kata yg lebih dahsyat. "Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam utkku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dgn begitu biadab. Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dr sigadis manis. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk. Penumpang-penumpang yg lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yg didalam bas tidak menghiraukan gadis yg masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dgn lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba org tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yg tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yg menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu , tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Org ramai segera berkejar utk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.Sesuatu yg aneh menimpa jenazah yg terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas & hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yg menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah..... Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dgn kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah & mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dgn mempersendakan atau ejekkan. Kata kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dgn arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat ,kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab & menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingat2 lah teman, kita boleh melupakan kematian.....tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita......hanya masanya saja yg akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Jangan lah menjadi orang yg bodoh...siapakah orang yg bodoh itu ? Mereka2 itulah orang2 yg ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dgn undang2 sekolah......dalam pekerjaan anda tertakluk dgn undang yg di lakar oleh majikan anda.....di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang2 itu hingga terlalu prihatin takut2 melanggar undang2 itu. Apabila anda berpijak di bumi ini......anda juga tertakluk dgn undang2 yg telah di gubal oleh yg menjadikan bumi ini....setiap Sultan ada taman larangannya.......begitu juga Allah swt.......taman laranganNya adalah perkara2 yg telah di haramkan bagi hamba2Nya di muka bumi ini..... Sama samalah kita memohun agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk diatas jalan yg benar dan kekuatan agar sentiasa dpt menjaga lidah



inilah pasangan sejoli kampung pancor.

Dtg ke cameron mencari ketenangan.

membeli belah teh dan sayur

strawberi dan madu dilupa jangan

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online