Sunday, January 20, 2008

PUAS HATI

CIQ NA... Walaupun blog akak tak secantik dan secanggih mu.... tp akak berpuas hati dengan hasil usaha sendiri.... Cantik tak? Nk amik template lain tak jadi2.. last2 dpt template ni. Oklah jugak...

Wednesday, January 16, 2008

4 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

4 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura(10 Muharram 1429, bersamaan Sabtu, 19 Januari 2008)

1. Melapangkan masa / belanja anak isterifadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.2. Memuliakan fakir miskinfadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.3. Menahan marahfadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.4. Menunjukkan orang sesatfadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimfadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.6. Bersedekahfadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.7. Memelihara kehormatan dirifadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.8. Mandi Sunatfadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"9. Bercelakfadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.11. Sembahyang sunat empat rakaatfadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.12. Membaca"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .13. Menjamu orang berbuka puasafadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.14. PuasaNiat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain

KHUTBAH TERAKHIR KHUTBAH TERAKHIR

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Tuesday, January 15, 2008

Kekasih vs Ibu......

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu B
ila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Tuesday, January 8, 2008

Aku cuma nk luahkan perasaan. Kadangkala aku rasa kehadiranku kat opis mcm takde jer. Aku rasa org tak nampak aku. entahlah... tp aku tak boleh berfikiran negatif mcm tu kan.... Aku bengang kt somebody tu. kalau aku buat kerja tak cukup complete dan perlu dibetulkan, knp tak suruh aku b etulkan. suruh org lain pulak betulkan. benganglah aku. Macm aku tak reti buat keje jer.... penat aku buat. Jd mulai hari ni tak payahlah nak rajin2 buat.... Ape yg disuruh baru buat. Jd skrg ni aku serhkan pd yg pakar jer. aku kan tak pandai.....

Sunday, January 6, 2008

NAIK KOMUTER

Sabtu 5/1/08, pada mulanya aku nk g semenyih jer, last2 suamiku ajak g kl bawak haziq naik komuter. Malunyer aku dengan pakai tshirt dan tracksuit jer. aku ajak dia bqalik rmh dulu tukr baju taknk pulak. Tebalkan muka jerlah. Nasib baik bawak baju spare haziq. Seronok betul anakku naik keretapi. Berlari2 dia kat laluan keretapi tu. Takut betul aku. Tp tulah sayang masa pegi tu dia tido puolak. Tak nampaklah pemandangannyer.... Penat betul dukung dia berdiri. Ramai orang. Sampai kl jalan2 kat sogo jer.
Tak boleh dok diam kat stesen. Kenalh pegang dia

SAMBUTAN ANNIVESSARY

Dah lama aku tak update blog ni. Ni nk citer pasal celebrate annivessary aku. Mcm mengadalah pulak. 31/12 aritu aku n family g naik cruise kat mines. mahal jugak tiket dia. Dewasa RM16. Kanak2 RM11. Nasib baik aku ader voucher utk 2 dewasa. Dpatlah naik dan last date dia pun 31/12. Jd kenalah jugak pakai. nt rugi pulak. Dah lama dah dpt voucher tu tp asyik terlupa dan takder masa jer nk pegi. Sbnrnyer masa tu aku dah tau berita pak sedara suamiku meninggal tp suamiku kt tunggu adik dia. dia bukan nak pegi sorg2 dia.Balik kejer terus pegi mines. nasib baik jalan tak jem. on the way tu haziq tertidur. mengantuk sangat dia. Alamak, mcm maner ni. aku dahlah nk cpt g rmh pak sedara dia. Dia tido pulak. Masa dah smpai saner, nasib baik dia jaga masa aku nk betulkan letak tido dia. Terus naik bot. Pemandangan dia taklah cntik sgt tp tak taulah kalau mlm cantik. Habis jer terus balik g balik kpg suami kat n9. kelam kabut rasa. Balik kpg pulak nk balik kerumah tgu sampai pukul 12 tgh mlm jugak. perut dah kelaparan ni. tp nk buat camner. kna tunggu bapa mentuaku yang menyelesaikan masalah anak2 buahnyer. Balik tu nk cari kedai mkn. Nk berhenti jer, bapa mentuaku kat, jangan.... kat tempat tu sembelih kepala punyer.... Last2 kitorg berhenti mkn kat branang cafe kat rumah aku. Tepat pukul 12 tgh mlm baru sampai kdai mkn. Puhh..... Order nasi goreng utk 20 org sekali. Nasib baik adir iparku tong2 sekali. klu tidak sakit jgk poket... Dh musim poket agak kering lak tu...

Seronok betul dia tengok air. Aku ajar tasik pun dia ckp air jugak.

Haziq yang mengantu sangat tertidur sampai angkat pun tak sedar.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online